BERJUAN BUKAN LAH UNTUK PARTI


Dari masa ke-masa dari hari ke-hari sentiasa menungu hari kemerdekaan PATANI. Dari manakah akan mencampai kemenangan perjuangan islam PATANI. Adakah harus tungu sampai seratus tahun baru lah kita akan bersatu atau harapan kita itu tingal hanya harapan saja. Sudah lama rakyak PATANI meneruskan harapan kepada orang-orang berjuang yang mengatakan kamilah perjuang Islam dengan ikhlas di manakah hilang kata-kata ikhlas semua itu sedangkan kita masih lagi berpecah belah sama sendiri bilakah semua akan bersatu di kalagan kita dan lain-lain lagi. yang akan pergi ke arah yang sama yaitu berjuang demi RAKYAT PATANI menbebaskan PATANI dari siam bukan berjuang untuk kumpulan atau kelompok tapi berjuang demi agama bangsa dan tanah air kita. Di hari ini ramai lagi yang tidak faham apa arti berjuang tahu berjuang saja keikhlasan tidak ada dalam diri sendiri terutama sekali kepada ahli-ahli kumpulan tersebut dimana keikhlasan kamu semua sedangkan kamu sendiri pun tidak boleh bersatu sama sendiri tidak boleh pergi ke arah yang sama yaitu berjuang untuk agama,bangsa,dan tanah air PATANI.
Semua masih ingat lagi masa yang silam yaitu masa BIPP (TOK POK YEH) di masa itu cukup hebat BIPP dalam segi gerilya. BIPP dapat mengawal beberapa kawasan di empat wilayah dan Sampai ketahap hampir kemerdekaan tapi akhirnya hancur dengan tangan kita sendiri kerana kuasa. Dimasa itu juga kita berbunuh sama sendiri di sebab mahu mendapatkan kuasa. Kuasa apakah kuasa tipu diri sendiri kata kitalah orang yang paling gagak. Kata kitalah orang yang bernama. Kata kita lah kepala orang. Sampai sanggup berbunuh sama sendiri akhir nya siapa yang kalah kita juga yang kalah bukan siam. Cerita itu cukup menyedihi semua rakyak patani dan kisah itu pun sudah berlalu kini tingal hanya sejarah saja di hari ini.
Dan kita masih igat kah masa GEMPAR (Gabungan Melayu Patani Raya) masa Di bawah komando Haji Sulung bin Abdul Kadir, seorang ulama terpandang di Patani, rakyat Melayu patani melawan Pibul. Mereka mendirikan He’et al Napadh alLahkan ala Shariat atau Lembaga Pertahanan Undang-undang Syariat dan menyatukan umat malayu Patani. Lewat gerakan ini, usaha merintis persatuan di antara ulama dan umat Islam Patani Selatan Thailand terus berjalan. GAMPAR dapat mengawal beberapa kawasan untuk menyatukan empat wilayah (PATANI YALA NARATIWAT & SATUL ) Mendirikan pemerintahan sendiri berciri dan berakar pada Melayu Muslim serta meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah menjadi awal dari gerakan perjuangan Malayu Patani modern hingga kini.
sampai ke masa sekarang ini pun cukup hebat dalam segi gerilya, siam cukup takut kepada pejuang patani Dengan para gerilya yang cukup ramai di bukit dan di kampungan dan cukup aktif dalam tiga wilayah sampai siam mengagap sebagai harimau melaya. bertempur dengan tentera siam sehari-hari dan tak akan berhenti. (Selagi Bumi Patani Tidak Merdeka) dan tak akan terjadi lagi seperti yang lalu